Friday, 15 April 2011

Fakta-Fakta Menarik

  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita. 
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur 
    akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi 
    satu perkataan. 
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia. 
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, 
    anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan 
    kopi. 
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan 
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D 
    iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk 
    jantung. 
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 
    darjah Celcius. 
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari 
    sentiasa siang. 
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya
  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang 
    tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  • Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul 
    bermakna `ibu negara'.
  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya 
    adalah satu juta bagi setiap orang. 
     
  • Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari. 
  •  Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E 
    manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan
  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap 
    jari pada manusia. 
  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di 
    kulit atau terbakar. 
  • Kucing tidak boleh merasa rasa manis. 






No comments:

Post a Comment